Thursday, October 15, 2009

دار التحفيظ بستان عشاق القرأن

DARUL TAHFIZ BUSTANU US’SYAQIL QURAN
Taman Amalina, Jalan Lipis 27600 Raub Pahang Darul Makmur.
Tel. 019-9151224 / 09.3561025
.
Kepada:
Tuan / Puan.
Assalamualaikum…w.b.t.

TERLEBIH DAHULU kami bagi pihak pentadbir Darul Tahfiz B.U.Q mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan kepada pihak kami untuk mendidik serta membingbing pelajar-pelajar yang tersedia ada dan anak-anak masyarakat penduduk setempat di sekolah ini.

UNTUK pengetahuan tuan-tuan bahawa MATLAMAT kami disekolah ini adalah untuk melahirkan INSYA’ALLAH seorang HAFIZ yang BERTAQWA , BERILMU , BERAMAL serta BERAKHLAK MULIA.

Dalam proses membentuk pelajar-pelajar ini kearah matlamat tersebut , selain daripada KAEDAH kecekapan dalam menguasai seluruh isi AL-QURAN secara HAFALAN , kami juga akan menggunakan KAEDAH UNDANG-UNDANG dan TATATERTIB serta KAEDAH sesi MOTIVASI, MUZARAH dan MUHASABAH DIRI.

KAEDAH undang-undang dan tatatertib ini adalah bertujuan untuk menanamkan kesedaran tentang BETUL atau SALAH dan menghalang serta mengelakkan daripada kelakuan yang tidak dikehendaki dalam SEKOLAH dan juga AGAMA ISLAM.Ekoran itulah selain daripada HUKUMAN dan DENDA, kami juga akan adakan beberapa kali dalam sebulan untuk sesi MOTIVASI dan halaqah MUZAKARAH bagi setiap pelajar.

Sesi MOTIVASI ini adalah bertujuan untuk melatih dan membiasakan pelajar-pelajar mematuhi undang-undang dan tatatertib SEKOLAH atau MADRASAH agar terbentuk suatu kehidupan yang berdisplin.Dengan harapan yang tinggi akan dapat melahirkan pelajar yang BERPERIBADI MULIA dan BERAKHLAK TINGGI. Memupuk semangat BERTANGGUNGJAWAB dan BERGUNA untuk masa yang akan datang INSYA’ALLAH.

MUZAKARAH dan MUHASABAH DIRI juga akan kami adakan beberapa kali dalam sebulan , supaya pelajar-pelajar sentiasa ghairah dalam mencari ILMU DUNIA dan juga AKHIRAT, dan menjadikan AGAMA sebagai pegangan keakhir hayat.

MUDIR, D.T.B.U.Q
ustaz zawawie.

TAJUK PROGRAM : Kelas Tahfiz

RASIONAL / OBJEKTIF :
1. Memberi sesi MOTIVASI, MUZAKARAH dan MUHASABAH DIRI kepada setiap pelajar agar sentiasa BERPERIBADI MULIA dan BERAKHLAK TINGGI.

2. Meransang pelajar agar sentiasa GHAIRAH untuk BERAMAL dengan ILMU yang dipelajari.

3. Memberi pendedahan tentang teknik-teknik HAFALAN supaya pelajar dapat menyimpan seluruh isi AL-QURAN kekal dalam hati dengan mudah.

4. Memberi pendedahan tentang teknik-teknik mengenal huruf , supaya dapat membaca dalam keadaan lancar.

5. Melahirkan seorang insan yang BERTAKWA,BERILMU, BERAMAL serta BERAKHLAK MULIA.

TARIKH : 01 / 01 / 2009

TEMPAT : No.63, Lrg Amalina 3, Tmn Amalina Jln Lipis.
27600 Raub Pahang Darul Makmur.


KUMPULAN SASARAN
:12 Pelajar Sepenuh Masa Yg Terdiri Dari GolongaN Anak-anak Yatim Yg Tidak Berkemampuan Dan Juga Penduduk Masyarakat Setempat.

ANGGARAN KOS : RM.2750.00 Sebulan ( Lihat lampiran)

JADUAL PEMBELAJARAN : Lihat lampiran.

BUTIRAN GURU : Lihat lampiran

الجدوال اليومي دارلتحفظ بستان عشاق القران

03.00 PG BANGUN KHIDMAT DIRI & SOLAT TAHAJUD
04.00 PG MURAJAAH AL-QURAN( HAFALAN SABA' )
05.30 PG PERSIAPAN SOLAT SUBUH
06.30 PG KELAS I ( HANTAR SABA' )
08.00 PG KHIDMAT DIRI ( MANDI )
08.30 PG SARAPAN PAGI.
09.00 PG KELAS II ( PARA SABA' )
11.00 PG SOLAT DUHA & REHAT
11.15 PG REHAT & TIDUR
12.45 PTG PERSIAPAN SOLAT ZOHOR.
01.45 PTG MAKAN TENGAH HARI
02.00 PTG KELAS III( AMOKHTA )
04.00 PTG PERSIAPAN SOLAT ASAR.
05.00 PTG MUZAKARAH SIFAT SAHABAT
05.30 PTG REHAT & MANDI
06.30 PTG MAKAN MALAM.
07.00 MLM PERSIAPAN SOLAT MAGHRIB
07.45 MLM MURAJAAH AL QURAN( HAFALAN SABA' )
08.30 MLM PERSIAPAN SOLAT ISYAK
09.00 MLM MURAJAAH AL-QURAN( MELANCAR AMOKHTA )
09.40 MLM TA'ALIM AKHIR & MESYUARAT HARIAN PELAJAR
10.00 MLM REHAT
10.30 MLM TUTUP LAMPU & TIDUR

ANGGARAN PERBELANJAAN


ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI SETIAP BULAN BUSTANU US'SYAQIL QURAN TAMAN AMALINA JALAN KUALA LIPIS.27600,RAUB PAHANG DARUL MAKMUR.



1.ELAUN TENAGA PENGAJAR Setiap bulan Sara keluarga, Tempat tinggal,kenderaan.

2.ELAUN TAMBAHAN TENAGA PENGAJAR Setiap bulan Sara keluarga .

3.KOS MAKAN & MINUM PELAJAR Setiap bulan Untuk keperluan harian=RM.2000.00

4.KOS PEMBIAYAAN BIL AIR DAN ELEKTRIK Setiap bulan Untuk keperluan harian=RM.250.00.

5.KOS SEWA ASRAMA PELAJAR DAN RUMAH GURU

Setiap bulan Untuk keperluan harian=RM.500.00

6.KEPERLUAN ASAS MADRASAH:ALMARI KITAB AL-QURAN,PAPAN TULIS dan KIPAS ANGIN Sangat diperlukan bagi keselesaan para pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan penuh keberkesanan.





JUMLAH KOS SETIAP BULAN RM.2750.00

Sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam.

Akaun No. 06-046-02-003211-0